Popular Label

Berita (12) DrZul (17) Gambar (3) Kitab (3) Review (5) Tazkirah (36) Video (44)
Blog yang membicarakan aktiviti-aktiviti di Madrasah as-Saidiyyah, Surau Kampung Pondok Rasah, Seremban. Juga boleh mengetahui berkenaan Tariqat Ahmadiah di bawah pimpinan Dato' Sheikh Mohd Murtadza Sheikh Hj Ahmad serta Pusat Pengamalan Tariqat Ahmadiah di http://alahmadiyyah-rasah.blogspot.com/

Thursday, December 22, 2011

Gambaran UMUM al-Ahmadiyyah Idrisiyyah ar-Rasyidiah ad-Dandarawiyyah


Secara umumnya pengasas ketiga bagi Tarekat Ahmadiah yang kita tahu ialah Sidi Muhammad bin Ahmad al-Dandarawi. Gelaran terakhir itu di nisbahkan pada satu tempat yang dikenali sebagai Dandarah yang berada dalam negeri Qina, Mesir. Beliau berasal dari keluarga bangsawan Maghribi dan berhijrah ke Mesir kerana ingin memerangi penjajah kafir yang berada di Mesir ketika itu.

Beliau sejak kecil lagi telah mula bersama dengan Sidi Ibrahim ar-Rasyid dan meninggalkan Dandarah dalam usia yang muda belajar mencari guru di Mekah dan Sufi yang terkenal ketika itu (Sidi Ibrahim). Seterusnya menerima Tarekat Ahmadiah dari gurunya itu tanpa wasitah maka lengkaplah Nama Tarekat sebagai Tarekat Ahmadiah Idrisiyyah ar-Rasyidiah ad-Dandarawiah.

Peraturan tambahan yang Sidi Muhammad lakukan semasa beliau memimpin Tarekat Ahmadiah ini ialah ucapan talqin “La-Illaha-illa Allah wa Allahu akbar" sebanyak empat kali bagi mereka yang ingin memasuki tarekat. Cara ini tidak terdapat saat mana Sidi Ibrahim memimpin tareqat.

Antara murid Sidi Muhammad ad-Dandarawi yang berasal dari Asia Tenggara dan khususnya dari Malaysia termasuklah  Tuk Shafi’i dari Kedah, Muhammad Said bin Jamaluddin al-Linggi dari Negeri Sembilan dan Abdul Samad bin Muhammad Saleh al-Kelantani atau lebih di kenali sebagai Tuan Tabal dari Kelantan.

Sidi Muhammad bin Ahmad al-Dandarawi meninggal dunia di Madinah pada tahun 1909 Masihi dan tugas beliau di gantikan oleh anaknya iaitu Sidi Abbas bin Muhammad. Sidi Abas bin Muhammad terus tinggal di Mekah sebagai pemimpin Tarekat Ahmadiah dan merupakan ahli Sufi yang terkenal di sana pada permulaan abad yang ke 20 Masihi. Diantara anak muridnya dari Malaysia ialah Tuan Haji Mansor bin Haji Muhammad Said, Haji Muhammad Nor dan keluarga Sheikh Haji Muhammad Said yang lain. Sidi Abbas akhirnya terpaksa meninggalkan Mekah kerana sikap kaum Wahabi yang tidak menyukai beliau. Beliau pulang ke Kaherah sehingga ke akhir hayatnya dan meninggal dunia pada tahun 1953 dan dikebumikan di Basatin dan terletak di dalam sebuah Masjid yang dikenali sebagai Masjid Imam al-Dandarawi Abu’l-Abas

Lantikan seterusnya ialah Sidi Amir Fadl bin Abas iaitu sebagai Pemimpin Keluarga al-Dandarawiah. Disebut sebagai al-Sufi huwa ibn al-hal yang mempercayai kepada konsep masa dan keadaan berubah dari satu masa ke masa yang lain. Beliau yang berterus-terang mengatakan bahawa keluarga Tarekatnya tidak sama dengan Tarekat Suffiyah Taqlidiah atau Tarekat Sufi ikut-ikutan yang lain yang mempunya motif-motif tertentu dalam perjuangannya. Ini kerana itu Usrah atau keluarganya berdasarkan kepada ajaran tasawuf dengan kadar dan falsafahnya tersendiri, yang pandangannya terpusat kepada peribadi Rasulullah s.a.w.

Beliau yakni Sidi Amir Fadl tidak pernah menyebut Tarekatnya sebagai Tarekat Ahmadiah atau Tarekat al-Dandarawiah tetapi sebaliknya yang selalu beliau sebut ialah usrah atau keluarga dan slogannya pula ialah “Allahu Akbar nanhu Muhammadiyyun wa liLlahi hamd” yang bermaksud Allah Yang Maha Besar dan kami semua adalah pengikut Nabi Muhammad. Dan oleh kerana ia di namakan usrah maka syarat masuknya juga adalah longgar, cuma yang pentingnya mempunyai cita-cita untuk menuju kepada keperibadian Nabi Muhammad s.a.w.

Maka kini kita masuk pula kepada perkembangan Tarekat Ahmadiah di Malaysia.

Seperti sedia maklum diatas tadi sudah di tulis yang murid kepada Pengasas ketiga Sidi Muhammad ad-Dandarawi yang masyhur ialah tiga orang semuanya. Jika mahu di ulas ketiga-tiganya ia akan jadi panjang berjela-jela. Lebih baik jika kita fokuskan kepada Sheikh Haji Muhammad Said bin Jamaluddin al-Linggi serta keluarganya  dari Negeri Sembilan lantaran hubungan kekeluargaan yang wujud kini di Pondok Rasah.
Biodata penuh beliau boleh anda semua dapati di sini agar lebih jelas akan peribadi beliau.

Setelah menerima Tarekat dari gurunya iaitu Sidi Muhammad ad-Dandarawi maka beliau di arahkan untuk kembali ke Tanah Melayu dengan maksud beliau telah di angkat sebagai Khalifah Tareqat Ahmadiah Idrisiyyah ar-Rasyidiah ad-Dandarawiah bagi kepulauan Melayu khusunya Tanah Semenanjung Malaysia manakala wakil di India pula adalah seorang murid beliau yang lain iaitu Sidi Abu Hasan al-Azhari.

Sheikh Haji Muhammad Said telah membuka kelas pengajiannya dan pusat kegiatan Tarekat Ahmadiah di Ampangan, Negeri Sembilan. Seterusnya beliau juga mengembara di Kedah, Kelantan dan Terengganu bagi melaksanakan tugas khalifah seperti yang di amanahkan oleh gurunya.  Di Kelantan beliau menumpang di rumah seorang yang di kenali sebagai Haji Awang di jalan Atas Bonggol, Kota Bharu. Terjadi juga beberapa isu yang tidak menyenangkan peribadi beliau saat beliau berada di Kelantan namun biarlah perkara itu saya ulas kemudian. Lagi tempat yang beliau kunjungi untuk berdakwah termasuklah di Singapura, Utara Bangkok di Thailand, Burma dan Kepulauan Riau.

 Beliau meninggal dunia pada tahun 1926 Masihi dan meninggalkan 3 orang isteri dan 16 orang anak.

Dalam bidang penulisan beliau hanya sempat menulis atau menyusun beberapa risalah sahaja seperti risalah “al-Kasyf wa al-Nafis”, sebuah syair tanpa tajuk di dalam bahasa arab yang mengkritik kaum wahabi dan risalah mengenai selawat ke atas Nabi Muhammad s.a.w. Dan yang di lantik selepas beliau dari kalangan ahli keluarganya ialah Haji Abdullah bin Haji Muhammad Said sebagai pemimpin keluarga besar Tarekat Ahmadiah. Namun juga Sheikh Haji Abdullah sering sahaja menyerahkan tugas kepada adiknya iaitu Haji Ahmad bin Muhammad Said.

Bersambung..

Monday, December 12, 2011

Sedikit penjelasan isu di Madrasah as-Saidiyyah


Sesungguhnya artikel ini saya tulis bukanlah untuk membela Sheikh Murtadza bin Sheikh Ahmad atau untuk menjatuhkan mana-mana pertubuhan atau individu yang mempunyai hubung-kait dengan Tareqat Ahmadiah Idrisiyyah ar-Rasyidiah ad-Dandarawiyyah bahkan, sebagai pencerahan bagi para ikhwan memahami akan seperkara yang akan diterangkan di dalam artikel ini.

Dengan memahami makna Tareqat serta peranannya sahaja sudah mencukupi untuk menarik minat manusia mendekatinya. Seolahnya ada rahsia yang bakal terbongkar andainya manusia itu terjun ke dalamnya. Namun sayang sekali manusia itu gagal untuk mempelajari perkara asas dengan lebih mendalam maka membawa kepada kecelaruan yang bakal membinasakannya. Pemahaman yang jarang ditekan dan juga jarang di praktikkan seolahnya manusia itu sudah cukup sahaja dengan praktikal@amali maka jadinya seringkali membawa kepada kelalaian. Saya merasakan ada satu perkara yang perlu dijelaskan disini agar kita semua kembali untuk menguatkan yang umbi agar seterusnya Tareqat yang kita dambakan ini sebati dan membantu di akhirat kelak.

Sudah dimaklumi bahawa Sheikh@Khalifah bagi Tareqat Ahmadiah Idrisiyyah ar-Rasyidiah ad-Dandarawiyah di Malaysia dan Asia Tenggara ini terpikul di bahu Dato’ Sheikh Haji Mohd Murtadza Sheikh Ahmad. Dan beliau yang di yakini akan kemampuannya untuk mentadbir oleh Tuan Guru yang telah melantik beliau sebenarnya mempunyai visi yang tersendiri. Satu visi yang cukup mudah untuk di hadamkan serta difahami iaitu meneruskan apa yang dibawa, dilakukan bahkan mengembangkanya iaitu ajaran Sheikh Hj. Ahmad Mohammad Said al-Linggi di rantau Tanah Melayu ini. Dengan wujudnya kitab “Pengantar Tareqat Ahmadiah” yang baru sahaja dikemaskinikan oleh JK Madrasah as-Saidiyyah menjadi bukti persamaan pembawakan Sheikh Murtadza dengan ayahanda beliau. Dengan tidak menyalahi sebarang Prinsip Asas Tareqat sekurangnya menambahkan keyakinan para ikhwan kepada kepimpinan beliau.
Prinsip-Prinsip Asas Tareqat yang telah dibentangkan oleh Tuan Guru Dr. Hj Jahid bin Hj Sidek al-Khalidi pada Simposium Pertama tahun ini jika difahami oleh para ikhwan Tareqat Ahmadiah dengan baik pastinya kepimpinan Sheikh Murtadza tidak akan menghadapi krisis yang sudah kita semua maklum. Krisis yang membawa kepada perbalahan dan pecah-belah sesame ahli sepatutnya tidak berlaku jika kefahaman ilmu Tareqat mendahului logik akal dan nafsu masing-masing. Adalah menjadi satu malapetaka yang menyedihkan kita kerana situasi ini akhirnya terpaksa kita hadapi. Maka saya mengambil tanggungjawab ini berdasarkan rujukan pada yang berilmu dan sedikit pembacaan saya sendiri akan persoalan ini agar ia dapat di rungkaikan.

Yang menjadi isu di sini ialah status Usrah ad-Dandarawiyyah di dalam Tareqat Ahmadiah dan bagaimana kita sebagai ikhwan menghadapinya. Dengan cubaan untuk menjernihkan keadaan maka keputusan yang telah berungkali saya sebut dalam sessi perbualan dan juga dalam perdebatan ialah menolaknya HANYA di Madrasah as-Saidiyyah, Surau Kg. Pondok Rasah. Penolakan itu bukanlah bermakna Tareqat Ahmadiah menolak pandangan, keilmuan apatah lagi menjatuhkan hukum sesat kepada golongan yang menerima pakai Usrah ad-Dandarawi. Bagaimana secara mudahnya untuk difahami bagi kami untuk menerima slogan perkumpulan luar di guna pakai di tempat kami sendiri sementelah pula perkara itu tidak juga pernah dilakukan oleh Ayahanda Sheikh Murtadza sendiri  selaku pengasas kepada Madrasah as-Saidiyyah dan begitu juga ketua-ketua Tareqat Ahmadiah Idrisiyyah ar-Rasyidiah ad-Dandarawiyah selepasnya. Dan perkara ini nampaknya tidak juga difahami oleh pihak yang menentang pandangan kami walhal ia juga adalah selari dengan Enakmen Tareqat Tasawuf Negeri Sembilan ! Ditegaskan disini bahawa Usrah ad-Dandarawi bukanlah Tareqat Ahmadiah Idrisiyyah dan Tareqat Ahmadiah juga bukan sebaliknya. Penggunaan ad-Dandarawi membawa 1 maksud pada 2 tujuan yang berlainan pada 2 organisasi yang juga berlainan. Punca yang terjadi sudah pun di jawab oleh Sheikh Murtadza berulangkali di dalam kuliah beliau dan akan saya perincikan andai punyai kesempatan. Juga sudah dijelaskan berulangkali punca terjadinya penolakan itu yang mana  tidak membawa pun kepada maksud untuk menghukum sesat pada Usrah ad-Dandarawi.

Permasalah yang kedua pula adalah menjadi kemusykilan kami akan kewujudan satu lagi nama dibawah payung Tareqat iaitu Tareqat Ahmadiah Idrisiyyah al-Linggi!. Kami tidak mengambil endah akan perkumpulan baru ini pada permulaannya namun tetapi, kami kini terpaksa jua memandang serius akan perkara ini lantaran kekeliruan yang berlaku diantara sesama ikhwan. Beberapa maklum balas yang diterima terdapat segelintir ikhwan yang menyangkakan ia adalah nama lain pada satu pertubuhan yang sama di bawa oleh Sheikh Murtadza. Merebaknya salah-faham ini yang pada kiraan saya bakal mencetuskan fitnah besar yang terbaru,  maka kami tidak boleh berdiam diri sahaja menghadapinya. Maka tercetuslah penulisan ini dari pihak kami bagi menafikannya. Tidak perlu kami huraikan berkenaan status perkumpulan ini dari segi kebenarannya, silsilahnya, ijazah@bai’ahnya, khalifahnya atau juga amalannya, cukup sekadar kami menafikan hubung-kait nama kumpulan al-Linggi itu dengan Tareqat Ahmadiah Idrisiyyah ar-Rasyidiah ad-Dandarawiyah di bawah pimpinan Sheikh Murtadza serta berdaftar di bawah undang-undang Enakmen Kawalan Tareqat Tasawuf Negeri Sembilan. Persoalan kenapa terwujudnya Tareqat Ahmadiah Idrisiyyah al-Linggi ini tidak pula kami ketahui mana asalnya dan dari mana sumber nisbah namanya dan oleh itu kami berharap kami boleh berlepas diri dari Tareqat yang baru ini. Harap Maklum!

Para ikhwan yang saya hormati,

Agak sedih untuk kita terima perkara ini yang akhirnya berlaku di tempat kita, namun kebenaran itu tetap jua perlu ditegakkan. Sesungguhnya tidak akan terjadi apa-apa kerugian pada Sheikh atau Tareqat atau Agama itu sendiri andainya kelak isu ini akan menghacurkan Tareqat Ahmadiah Idrisiyyah  yang kita sayangi ini tetapi, kita semua jualah yang akan menghadapi kerugiannya yang besar di masa hadapan.
Sesungguhnya penerimaan Tareqat pada diri kita adalah untuk kesejahteraan sendiri jugalah sebenarnya jikalau kita memahami fungsi khusus terwujudnya Tareqat ini. Kenikmatan yang Allah S.W.A kurniakan pada kita datang pada ketika orang lain tercari-cari pohon untuk bergayut di arus permasalah sosial yang memuncak kini dalam masyarakat. Kita mensia-siakan kurniaan ini lantaran terpengaruh khabar indah yang boleh dipertikaikan kebenarannya  dengan ilmu asal yang menurut syarat Syariat dan Tasawuf yang benar. Kekeliruan ini perlu dibongkar demi tanggungjawab kami yang telah diberikan amanah dan tidak pun kami mengharapkan balasan keduniaan.

Wassalam.

Perincian pada artikel ke-2 nanti InsyaAllah

Sunday, December 4, 2011

Simposium–Khulasah

Alhamdulillah, Syukur kerana Simposium Tareqat Tasawuf berjalan dengan lancar pada Siri yang kedua ini. Ribuan terima kasih dari kami buat ikhwan yang membantu dari mula lagi agar majlis ini berjalan dengan jayanya.

Kehadiran dari 2 pakar yang tidak asing lagi dalam bidang Tasawuf dan Tareqat ini bagi mencurahkan ilmu buat warga Negeri Sembilan, sesungguhnya hanya Allah sahaja membalas budi kalian. Keberkatan buat anda berdua Sheikh!

Kehadiran yang di alu-alukan kepada Dato’ Mufti Negeri Sembilan, Jemaah dari Majlis Fatwa Agama Negeri Sembilan, Rombongan dari Jabatan Mufti dan JHEAINS, juga di serikan dengan kehadiran Sheikh Dr. Uthman al-Muhammady dan Sheikh Mohd Fuad al-Maliki dari Yayasan Sofa, wakil dari Yayasan al-Jenderami,  sesungguhnya kami warga Madrasah as-Saidiyyah sungguh berbesar hati dengan kehadiran kalian. Semoga rahmat Allah ke atas anda semua.

2 kertas kerja yang dibentangkan oleh 2 pakar yang di jemput menyentuh berkenaan penyakit dan masalah-masalah yang kebiasaannya melanda ahli tariqat oleh Tuan Guru Dr Hj. Jahid bin Hj. Sidek al-Khalidi dan Peranan serta kesan berzikir oleh Dr Hj. Abdul Manam Mohammad al-Merbawi malam tadi benar-benar memberikan nafas baru dan ilmu yang sangat bermanfaat buat para hadirin. Cukup pendek sebenarnya masa yang di berikan pada setiap panel iaitu 1 setengah jam seorang dan insyaAllah, pihak kami akan cuba memperbaiknya pada masa-masa yang akan datang.

Kedatangan hadirin malam tadi tidak seramai seperti Simposium yang pertama dan post-mortem yang di buat sejurus selepas habisnya majlis ini berkemungkinan promosi yang agak lambat di jalankan oleh saya sebenarnya dan InsyaAllah akan di perbaiki pada masa akan datang. Dan respond dari Sheikh Murtadza pula bahawa beliau gembira dengan kelancaran majlis serta kehadiran ramai ilmuan yang bersama dalam majlis serta  komitmen dan istiqomah para ikhwan yang hadir bagi  memeriahkan majlis yang di adakan.



* 2 tajuk di berikan kepada kami oleh Dr. Uthman untuk beliau bentangkan masa Majlis Maulud Nabi akan datang..

Saturday, December 3, 2011

Tingkat zikir

Konsep yang diterangkan oleh Ibnu Ata'illah


Fail Simposium

Fail, kertas kerja, majalah dan DVD Simposium pertama.
Datang awal, elakkan kehabisan..

Selamat bersimposium.

Psst...  kertas kerja Dr. Jahid 40 muka surat semuanya.


Saturday, November 26, 2011

(Video) Ijtima' Suri

Satu isu yang panas dan sentiasa berlegar di sekitar ceruk pertikaian bidang Tasawuf. Dr Sulaiman bin Ibrahim al-Baruhi mengupasnya secara ringkas dan padat buat pemahaman kita. Saksikan...


Wednesday, November 23, 2011

Perbentangan kertas kerja malam ini.

Malam ni (23 November 2011) satu perbentangan kertas kerja oleh Dr Sulaiman al-Baruhi di Madrasah As-Saidiyyah selepas Maghrib. Kertas kerja beliau bertajuk Ijma' Suri (Melihat Rasulullah s.a.w dalam keadaan sedar) dan semua di jemput hadir.

Jamuan ada disediakan.

Saturday, November 19, 2011

Simposium Tariqat Tasawuf Siri 2 (Update!)

Assalamualaikum w.b.t

Dimaklumkan Simposium Tareqat Tasawuf akan kembali dengan siri 2. Pihak penganjur akan adakan pada awal bulan Disember ini. Masih lagi mengekalkan Dr. Haji Jahid bin Haji Sidek sebagai pembentang yang pertama manakala pembentang yang kedua ialah juga salah seorang ahli Jilsah Sufiah Kerajaan Negeri Sembilan iaitu Dr. Abdul Manam Muhammad Al-Merbawi. Beliau adalah pensyarah kanan Universiti Sultan Zainal Abidin, Terengganu dari Fakulti Pengajian Islam Kontemporari dan mempunyai kepakaran dalam bidang Tasawwuf dan Tareqat serta perubatan Islam.

Sedikit perubahan yang di lakukan oleh pihak penganjur kali ini berkenaan bayaran bagi mendapatkan fail kertas kerja yang akan di bentang. RM10.00 ini adalah kerana untuk menampung sedikit kos penganjuran serta penyediaan jamuan dan mengisi tabung bagi pembinaan Pusat Pengamalan Tareqat yang masih lagi dalam pembinaan. Namun begitu bayaran itu hanya jika mahu memiliki fail kertas kerja serta DVD Simposium Tareqat Tasawuf Siri satu yang lepas.

simpo2

Klik untuk besarkan

Diminta para hadirin dapat datang awal kerana pihak penganjur serta di bantu oleh beberapa Agensi, Jabatan dan Tariqat-Tariqat berdaftar ada membuat Pameran Ilmu dan Jualan buku serta cenderamata. Kahadiran awal bagi mengelakkan para hadirin tidak terlepas peluang keemasan untuk mendapatkan sebanyak mana maklumat awal Tareqat yang berdaftar di bawah Enakmen Tareqat Tasawuf Negeri Sembilan Darul Khusus.

Waallahua’lam..

(Mohon untuk sebarkan di blog/forum/web)

Terima kasih.

Aktiviti terbaru Madrasah As-Saidiyyah

Isnin 21/11 Kuliah Dr Zul,

Selasa 22/11 Kuliah Sheikh Murtadza,

Rabu 23/11 kertas kerja Ijma' Suri oleh Dr Sulaiman al-Baruhi.

Semua di Madrasah As-Saidiyyah. Selepas Magrib. Jangan lupa ye. :-)

Semua di jemput hadir.

Thursday, November 17, 2011

TENTATIF PROGRAM DISKUSI TASAWUF ANJURAN JABATAN MUFTI NEGERI SEMBILAN

Hari Pertama
22 Nov 2011 (Selasa)

8.30 pagi – 10.00 pagi - Pendaftaran Peserta/Minum Pagi

10.00 pagi – 10.15 pagi - Ketibaan tetamu jemputan

10.30 pagi – 1.00 ptg - Ketibaan VVIP

- Bacaan doa

- Ucapan aluan Mufti Kerajaan Negeri Sembilan:
Y.B S.S Dato’ Hj. Mohd Yusof bin Hj. Ahmad

- Ucapan Perasmian

- Ucaptama: Golongan Sufi: Kedudukannya dalam Ahli al-Sunnah Wa al-Jamaah.
Oleh: Y.Bhg. Dr. Muhammad Uthman el-Muhammady

- Penyampaian Cenderahati

1.00 ptg – 2.00 ptg - Jamuan Makan Tengahari

- Solat Zohor

2.00 ptg – 4.00 ptg - Diskusi I
Silsilah.

Pembentang: Dr. Abdul Manam bin Mohamad (UnisZA)
Moderator: A.F Ust. Ahmad Azhari bin Talib

4.00 ptg - Minum petang/Bersurai


Hari Kedua
23 Nov 2011 (Rabu)

8.30 pagi – 10.30 pagi - Diskusi II
Dhikrullah: Isu dan Amalan Dalam Tarekat.

Pembentang: Prof. Madya Dr. Faudzinaim Hj. Badarudin (UKM)
Moderator: A.F Ust. Mohd Zaidi bin Ramli

10.30 pagi – 11.00 pagi - Minum Pagi

11.00 pagi – 1.00 ptg - Diskusi III
Syarah Hikam Pengaruhnya Kepada Masyarakat Islam di Malaysia

Pembentang: Dr. Sulaiman bin Ibrahim al-Baruhi (UNISSA, Brunei)
Moderator: A.F Ust. Shuhadak bin Mahmud

1.00 ptg – 2.00 ptg - Jamuan Makan Tengahari

- Solat Zohor

2.00 ptg – 4.00 ptg - Diskusi IV
Tren Semasa Memeluk Islam Dalam Kalangan Masyarakat Eropah dan Amerika Menerusi Tarekat Tasawuf

Pembentang: Dr. Muhammad Yusuf bin Khalid (USIM)
Moderator: Ust. Muhammad Yusri bin Mazlan

4.00 ptg - Minum petang/Bersurai

Hari Ketiga
24 Nov 2011 (Khamis)

8.00 pagi – 10.00 pagi - Diskusi V
Kedudukan Karamah Dalam Islam Khususnya Dari Perspektif Ilmu Tasawwuf

Pembentang: Dr. Jahid bin Sidek (Anggota Jilsah al-Turuq al-Sufiyyah N.S)
Moderator: A.F Ust. Zamani bin Ibrahim

10.00 pagi – 10.30 pagi - Minum Pagi

10.30 pagi – 12.30 tgh - Diskusi VI
Kedudukan dan Peranan Tasawuf Dalam Pembinaan Umat

Pembentang: Y.Bhg. Dr. Zulkifli bin Mohamed Al Bakri
Moderator: A.F Ust. Norakhiyaire bin Mohd Raus

12.30 tgh – 1.30 ptg - Majlis Perasmian Penutup

1.30 ptg - Jamuan Makan Tengahari/Bersurai

Saturday, November 5, 2011

Sempena Aidil Adha 1432

Malam ini 5 Nov, majlis takbir dan tahlil di Madrasah as-Saidiyyah selepas Maghrib. Semua di jemput hadir.
Dimaklumi bahawa solat hari raya esok seperti biasa pada pukul 9 pagi esok. Pada yang berkelebihan untuk membantu bagi ibadah korban esok sangat di alu-alukan.

Terima kasih

Sunday, October 30, 2011

Senarai nama Ahli Tariqat Ahmadiah Idrisiyyah (1)

Seperti yang termaktub di bawah peruntukan ENAKMEN TAREKAT TASAWUF (NEGERI SEMBILAN) 2005. Lampiran bagi senarai nama yang berjaya di daftarkan sebagai ahli TAREKAT AL-AHMADIYYAH AL-IDRISIYYAH AL-RASHIDIYYAH AL-DANDARAWIYYAH di bawah kuasa Jabatan Mufti Kerajaan Negeri Sembilan.

1 ABD. JALIL B PAIMIN KUALA PILAH

2 HJ MAT ISA BIN HJ TAAYUN KUALA PILAH

3 MD RIDZWAN BIN AB GHANI KUALA PILAH

4 HJH SEMIYAH BT BUDIN KUALA PILAH

5 SYED ABDULLAH B HJ SYED AHMAD KUALA PILAH

6 ABDUL HALIM BIN AHMAD KUALA PILAH

7 HJH SHAEAH BT ABD GHANI REMBAU

8 HJ UJANG BIN SAMAH REMBAU

9 MOHD HAFFIZ BIN CHE HASSAN PORT DICKSON

10 HJ HASHIM BIN TALIB PORT DICKSON

11 RAIHAN BIN AHMAD PORT DICKSON

12 AHMAD YUSRI BIN MOHD ABID SEREMBAN

13 ABU UBAIDAH BIN HJ REDZA SEREMBAN

14 ABDULLAH B. LAJIS SEREMBAN

15 ABDUL GHANI BIN OSMAN SEREMBAN

16 HJ ANUAR BIN HJ MAIDIN SEREMBAN

17 BAHARI BIN MOHD NOH SEREMBAN

18 FAIZAL HANAS B. YA'AMAH SEREMBAN

19 HASNAH BTE OSMAN SEREMBAN

20 HABIB MOHAMED BIN KHUSI MOHAMED SEREMBAN

21 HJ IBRAHIM BIN UDA TOK SEREMBAN

22 ISSAH @ AISHAH BTE MD NOH SEREMBAN

23 JAMALUDIN BIN AB. MANAF SEREMBAN

24 JAMALUDDIN BIN BABA SEREMBAN

25 JAIYA BIN ABU SEREMBAN

26 JAMALUDDIN B ADAM SEREMBAN

27 KAMAL AMRAN B KAMARUDIN SEREMBAN

28 KHANNAN BIN ABU BAKAR SEREMBAN

29 KHAIRUDDIN B ABU HASSAN SEREMBAN

30 KHUSI MOHAMED BIN N. JAPDIN SEREMBAN

31 HJ KAMARUZAMAN B. HJ MOHD NOR SEREMBAN

32 MOHD HASIF B. MOHD MURTADZA SEREMBAN

33 MOHD IZZAT BIN MOHD MURTADZA SEREMBAN

34 HJ MOHAMAD AZMI B ABDULLAH SEREMBAN

35 MOHD ISA BIN TAAT SEREMBAN

36 MASARI BIN MANSOR SEREMBAN

37 HJ MOHD RAMLI BIN BAHARUM SEREMBAN

38 MOHD RIDUAN BIN SUDIN SEREMBAN

39 MUSTAPHA BIN A. RAHMAN SEREMBAN

40 MOBARAK B HUSSEIN SEREMBAN

41 MOHAMAD FADZIL BIN WAHAB SEREMBAN

42 MOHD SOBRI BIN HJ MOHD ABID SEREMBAN

43 MAZLI BIN MD LAZIM SEREMBAN

44 MOHD RIDZUAN BIN ABDUL MAJID SEREMBAN

45 MOHAMED MOHSIN B HUSSEIN SEREMBAN

46 MOHAMAD BADRI BIN SHEIKH HJ AHMAD SEREMBAN

47 MUAIYID SANI BIN ABD RAHIM SEREMBAN

48 MARIYAH BTE SHEIKH HJ AHMAD SEREMBAN

49 MUJAHID B ABDUL RAHIM SEREMBAN

50 MOHD RIFAIE B MOHD MURTADZA SEREMBAN

51 MOHD RASHID BIN ABDUL @ YAHYA SEREMBAN

52 HJ MOHD ANAS BIN AHMAD SEREMBAN

53 MOHD NAZAN BIN SININ SEREMBAN

54 NABILAH BT ARBA SEREMBAN

55 NORZAINAH BT MOHAMAD SEREMBAN

56 NORELAWATI BT KADIR SEREMBAN

57 NOREE (NORIAH) REUNG PRALH BT MOHD ALI SEREMBAN

58 NUR RASYIDA BTE MOHD RASHID SEREMBAN

59 NOOR AZIANA BT ABU TAIB SEREMBAN

60 NORMAH BT MANAP SEREMBAN

61 RUSLAN BIN HJ JAAFAR SEREMBAN

62 RAZALI B IBRAHIM SEREMBAN

63 RIDZUAN BIN ABDUL HAMID SEREMBAN

64 MOHD RUSDI HJ OTHMAN SEREMBAN

65 RAHMAH AZAHARI SEREMBAN

66 SYED ROHAIZAT B SYED NOH SEREMBAN

67 HJH SAMSINOR BT HJ ALIAS SEREMBAN

68 HJ SYED KHAIRODIN SY ISMAIL SEREMBAN

69 HJ YAHYA BIN ALIAS SEREMBAN

70 ZAITON BT SHEIKH HJ AHMAD SEREMBAN

71 ZAKARIA BIN JAAFAR SEREMBAN

72 HJ ZAMAKSHSHARI B HJ HASAN SEREMBAN

*Bagi yang tiada nama, jangan risau. Ini adalah senarai pertama buat setakat ini. Akan kami maklumkan andai senarai penuh telah di keluarkan. Kemudian barulah hubungi kami andai nama anda masih lagi tiada dalam paparan.

Haji - Denda/Dam dan kiraan cupak




Sedikit sedutan berkenaan bab haji di bawah tajuk bayaran denda/dam bagi yang mengerjakan ibadat haji. Di panjangkan oleh Dato' Sheikh Haji Mohd Murtadza Sheikh Ahmad di Surau Kg. Pondok Rasah, Seremban.

Wednesday, October 26, 2011

Soal Jawab A-Z Tentang Tasawuf 2



Kuliah pengajian Dr. Zulkifli Mohamad al-Bakri berkenaan kitab tulisan beliau sendiri iaitu "Soal Jawab A-Z tentang Tasawuf tapi anda tiada tempat untuk bertanya" di Madrasah as-Saidiyyah, Surau Kg. Pondok Rasah, Seremban. Juga ucapan aluan Sheikh Murtadza sebelum kuliah bermula.

Monday, October 17, 2011

Monday, October 10, 2011

Makluman kelas di Madrasah As-Saidiyyah

Makluman kelas Pengajian Tasawuf Dr. Zulkifli Mohamad al-Bakri di Madrasah As-Saidiyyah seterusnya adalah pada 17 Oktober ini. Semua pencinta ilmu di jemput hadir. Sheikh Murtadza seperti biasa juga akan hadir sebagai pendengar yang duduk paling hadapan sekali.

Waktu seperti biasa iaitu selepas maghrib jatuhnya pada hari Isnin malam selasa. Dan keesokkan harinya pula kelas Pengajian Agama oleh Sheikh Mohd Murtadza pada waktu yang sama.

Thursday, October 6, 2011

Makluman segera!!

Assalamualaikum w.b.t
Buat pengunjung dan Ikhwan Tariqat Ahmadiah Idrissiyyah yang saya hormati,

Kebelakangan ini ada beberapa isu yang melanda di Madrasah dan Ikhwan Tariqat maka telah muncul beberapa kekeliruan yang telah kami dapat kenalpasti. Maka saya cuba menjawab dengan sebaik-baiknya.

Isu yang pertama telah ada beberapa individu yang menyerahkan borang pendaftaran ke pihak kami dan borang yang telah di serahkan itu berlainan dari apa yang secara rasminya kami sediakan. Borang Tariqat Ahmadiyyah Idrisiyyah Al-Rasyidiah Al-Dandarawiah di bawah kepimpinan Dato’ Sheikh Hj Mohd Murtadza bin Sheikh Haji Ahmad hanya boleh saudara semua dapati di rak yang kami sediakan di Surau Kg. Pondok Rasah dan juga blog ini yang boleh saudara semua muat-turun. Segala info berkenaan borang juga telah saya lampirkan buat pencerahan saudara sekalian. Pihak kami tidak ada mengedarkan sebarang borang selain itu dan juga tidak bertanggungjawab andai ada kekeliruan yang timbul selepas ini.

Isu kedua ialah berkenaan pendaftaran ahli Tariqat di Negara Brunei Darussalam. Saya cuma boleh menasihati agar saudara yang di Negara Brunei setelah berbai’ah dengan Sheikh Murtadza boleh mengisi juga borang yang di lampirkan agar tiada ikhwan yang tercicir namanya dalam direktori kami. Bagi ikhwan Negara Singapura pula bolehlah merujuk terus kepada Khalifah di sana iaitu al-Fadhil Ustaz Hasbi.

Untuk makluman saudara ikhwan sekalian, Sheikh Murtadza setakat ini hanya menumpukan 2 tempat sahaja sebagai tempat pengamalan Tariqat Ahmadiah Idrisiyyah iaitu di Rasah dan Melaka (Padang Temu). Manakala tempat lain pula pihak Dato’ Sheikh Murtadza tidak bertanggungjawab andai berlaku sebarang kekeliruan yang timbul. Dan pihak kami akan maklumkan andai ada perubahan dengan segera.

Dukacita di maklumkan kedatangan Sheikh Abdul Latiff Farfour ke Madrasah As-Saidiyyah di tangguhkan kerana beliau terpaksa pulang ke negara asalnya Syria, walau bagaimanapun beliau akan tetap juga hadir (Bi iznillah) secepat mungkin untuk bertemu muka dengan para Ikhwan di sini. Maaf di pinta andai merosakkan mood saudara sekalian hari ini.

Semua sedia maklum bahawa Sheikh Murtadza ada mengarahkan pendaftaran semula bagi ikhwan lama yang telah mendaftar sebelum ini. Ingin pihak kami beritahu pada saudara sekalian sehingga hujung tahun ini sahaja bagi pendaftaran semula ahli lama dan selepas itu ianya akan di tutup. Bagaimana pun bagi ahi baru, peraturan ini tidak termaktub.

Bagi yang berkelapangan dan mempunyai keraguan berkenaan tariqat bolehlah berjumpa terus dengan Sheikh sendiri pada Selasa malam Rabu selepas kelas. Sebarang berita dan arahan rasmi akan beliau maklumkan terus pada ikhwan di kelas dan pihak kami hanya selepas itu memaklumkan di blog ini ataupun facebook Madrasah As-Saidiyyah.

Makluman nama facebook ialah “Madrasah As-Saidiyyah” dan blog ini (http://pondok-rasah.blogspot.com/) dan (http://alahmadiyyah-rasah.blogspot.com/) sahaja saluran rasmi bagi Tariqat Ahmadiah Idrisiyyah Al-Rasyidiyyah Al-Dandarawiyyah di bawah pimpinan Dato’ Sheikh Mohd Murtadza bin Sheikh Ahmad. Bagi yang lainnya kami tidak tahu menahu dan tidak bertanggung jawab andai berlaku sebarang masalah dan kekeliruan.

Sekian,
Mujahid Abdul Rahim                                                                                                      
 JK ICT dan Promosi Madrasah As-Saidiyyah

Tuesday, October 4, 2011

Mengenali Sheikh Farfour

Tuan guru menerima didikan ilmu agama secara talaqqi daripada ulamak-ulamak tempatan yang mulia-mulia. Ulamak yang lebih banyak menghulurkan tangan bimbingan ilmu kepadanya ialah bapanya sendiri, iaitu Sohibussamahah murabbi agung al-'Allaamah Syeikh Muhammad Soleh Al-Farfour Al-Hasaniyy, seorang sasterawan dan penyair yang faqeh (alim feqah), Usuliyy (alim ilmu usul feqah), Mutakallim (alim ilmu tauhid) dan Nazzor (alim ilmu munazorah) – moga Allah merahmati dan meredhainya –. Hasilnya, tuan guru mempunyai beberapa ijazah keilmuan yang boleh dibanggakan daripada guru-gurunya itu.

klik untuk besarkan.


Antara majalah yang menyiarkan artikel hasil tulisan beliau:
Majalah Majma' Al-Lughah Al-Arabi,
Damsyik. Majalah Al-Faisal dan Majalah Al-Arabiyyah, Saudi Arabia.
Majalah Nahj Al-Islam, terbitan Kementerian Agama, Republik Arab Syria.
Majalah Ath-Thaqafah Ad-Dimasyqiyyah (bulanan).
Majalah At-Tamaddun Al-Islami, Damsyik. Majalah Al-Mauqif Al-Adabi, Syria.
Majalah Tisyriin (Mingguan).
Majalah Tisyriin Timur Tengah.

Sumber: http://qalamcikgu.blogspot.com

Monday, October 3, 2011

Sheikh Farfur di Pondok Rasah

Assalamualaikum, Maklumat awal buat para ikhwan. Di maklumkan akan kedatangan Fadhilah Sheikh Abdul Latiff Soleh Farfur ke Madrasah As-Saidiyyah, Surau Kg. Pondok Rasah pada 22hb Oktober ini. Walau bagaimana pun ini adalah maklumat awal. Sebarang perubahan akan saya maklumkan kemudian.

Tuesday, September 27, 2011

Tarbiyyah Ruhiyyah



Kuliah Ramadhan ini di sampaikan oleh Dato' Sheikh Mohd Murtadza Sheikh Haji Ahmad (Mantan Mufti Negeri Sembilan) di Madrasah as-Saidiyyah, Surau Kg. Pondok Rasah, Seremban.
Membentangkan kertas kerja yang di tulis oleh seorang pensyarah yang terkenal dalam bidang tasawuf iaitu Prof. Zakaria Stapa dari UKM.

Sunday, September 25, 2011

Muhasabah Mampu Jadi Medium Kejayaan


Kuliah Ramadhan ini di sampaikan oleh Dato' Sheikh Mohd Murtadza Sheikh Haji Ahmad (Mantan Mufti Negeri Sembilan) di Madrasah as-Saidiyyah, Surau Kg. Pondok Rasah, Seremban.

Saturday, September 24, 2011

Taubat


Kuliah Ramadhan ini di sampaikan oleh Dato' Sheikh Mohd Murtadza Sheikh Haji Ahmad (Mantan Mufti Negeri Sembilan) di Madrasah as-Saidiyyah, Surau Kg. Pondok Rasah, Seremban.



Mengupas kertas kerja Almarhum Sheikh Abdul Halim Mahmud (Mantan Sheikh Al-Azhar) berkenaan TAUBAT.

Thursday, September 22, 2011

Definasi Taqwa




Kuliah Ramadhan ini di sampaikan oleh Dato' Sheikh Mohd Murtadza Sheikh Haji Ahmad (Mantan Mufti Negeri Sembilan) di Madrasah as-Saidiyyah, Surau Kg. Pondok Rasah, Seremban.

Soal Jawab A-Z Tentang Tasawuf



Kuliah pengajian Dr. Zulkifli Mohamad al-Bakri berkenaan kitab tulisan beliau sendiri iaitu "Soal Jawab A-Z tentang Tasawuf tapi anda tiada tempat untuk bertanya" di Madrasah as-Saidiyyah, Surau Kg. Pondok Rasah, Seremban. Juga ucapan aluan Sheikh Murtadza sebelum kuliah bermula.

Tuesday, September 13, 2011

Sambutan Hari Terbuka Aidilfitri Tariqat Ahmadiah (60 pics)

Ada umur kita jumpa lagi buat semua Ikhwan Tariqat Ahmadiah Idrisiyyah Ar-Rasyidiah Ad-Dandarawiyyah. Maaf Zahir dan Batin.

Klik Facebook “Madrasah As-Saidiyyah” untuk info terkini.

Kuliah Ramadhan Sheikh Mohd Murtadza akan saya upload nanti. Harap bersabar ye.

Kredit tu Hamadah Zaharuddin.

Borang Keahlian Tariqat Ahmadiah Idrisiyyah

Klik link untuk download:  Borang Keahlian Tariqat (MS Word) atau klik kiri dan pilih "Save Link As" PDF dan serahkan pada mana-mana JK yang berkenaan atau emailkan kembali borang yang telah di isi dengan maklumat anda pada Faraulah (at) Yahoo.com

                                 

Sunday, September 11, 2011

Suasana Sambutan Hari Terbuka Aidilfitri Tariqat Ahmadiah

Majlis berlangsung pada 10 September 2011 di perkarangan Pusat Pengamalan Tariqat Ahmadiah, Kampung Pondok Rasah, Seremban, Negeri Sembilan. Juga di adakan pendaftaran Ahli Tariqat Ahmadiah yang baru serta Pendaftaran semula bagi ahli-ahli yang lama ketika sambutan ini berlangsung.
Di majlis tersebut juga ada ucapan dari wakil-wakil tariqat yang hadir seperti Ustaz Hasbi dari Singapura serta Ustaz Hasbullah dari Melaka.
Kami mengucapkan bebanyak terima kasih pada semua yang hadir. Panjang umur kita bertemu lagi, InsyaAllah.




Saturday, September 3, 2011

Review Buku Syamail Muhammad S.A.W.

Ini adalah review saya berkenaan dengan sebuah buku yang baru sahaja habis baca. BUku yang saya kira sangat bermanfaat buat pencinta Rasulullah yang ingin lebih mengetahui berkenaan dengan diri dan kehidupan beliau yang sederhana beserta simbolik atas sifat-sifat mulia keperibadian beliau yang agung.


Moga dengan sedikit review yang pendek dari saya ini buat diri anda lebih bersungguh-sungguh untuk mencontohi keperibadian beliau.


Buku ini bertajuk ""Syamail Muhammad S.A.W. Keperibadian Rasulullah" karangan Imam Hadith yang agung iaitu Imam al--Tirmidzi. Versi Bahasa Indonesia.

 

Seperti yang di ulas oleh Sheikh al-Qari dalam Jam'ul Wasa'il katanya: "Salah satu karya terbaik mengenai keperibadian dan akhlak Rasulullah s.a.w. ini ialah karya Imam al-Tirmidzi. Karya ini singkat namun lengkap sehingga setiap orang yang membacanya seakan-akan menyaksikan langsung keindahan dan keagungan peribadi Rasulullah yang mulia".

Buku berkulit keras ini di adalah setebal 280 muka surat dan menggunakan kertas yang berkualiti serta ilustrasi yang menarik membuatkan kita asyik dengannya. Boleh di dapati di mana-mana kedai dan toko buku seperti MPH di sekitar anda.

Masuk kepada perihal isi kandungan buku pula. Selain dari kata pengantar, dari penerbit serta profil ringkas Imam al-Tirmidzi, adalah kesemuanya terkadung 56 bab tentang ciri-ciri dan hal-hal berkenaan Rasulullah s.a.w. Antaranya ialah Karektor fisik Rasulullah, tanda kenabian beliau, rambut, ubat, cara Rasulullah menyikat rambut, cara Rasulullah berjalan, cara Rasulullah makan, Lauk-pauk Rasulullah, minuman dan cara-cara beliau minum, wangian Rasulullah, ibdah dan solat baginda, akhlak Rasulullah, berbekam, nama-nama Rasulullah, usia dan kewafatan beliau dan timbunan lagi perihal beliau. Walaupun tidak puas namun himpunan sebegini dalam sebuah buku cukup memberi pengalaman dan dzauk yang tersendiri buat yang membacanya.

Setiap inti bab diperincikan dengan hadith-hadith dan pandangan ulama'-ulama' muktabar bagi mengukuhkan pandangan penulis.

Harganya ialah RM45.00 sahaja dari cetakan Telaga Biru. Dapatkan sebelum kehabisan stok.

Tuesday, August 30, 2011