Popular Label

Berita (12) DrZul (17) Gambar (3) Kitab (3) Review (5) Tazkirah (36) Video (44)
Blog yang membicarakan aktiviti-aktiviti di Madrasah as-Saidiyyah, Surau Kampung Pondok Rasah, Seremban. Juga boleh mengetahui berkenaan Tariqat Ahmadiah di bawah pimpinan Dato' Sheikh Mohd Murtadza Sheikh Hj Ahmad serta Pusat Pengamalan Tariqat Ahmadiah di http://alahmadiyyah-rasah.blogspot.com/

Sunday, February 2, 2014

PERMASALAHAN SALIK – TIDAK MAHU MENUNTUT ILMU

Dr. Abdul Manam Mohammad al-Merbawi

Masalah tidak mahu mempelajari dan mendalami ilmu agama di kalangan sebahagian salik tarikat adalah merupakan satu masalah yang biasa terjadi, terutamanya bagi salik yang berada pada peringkat permulaan yang tidak mempunyai latar-belakang agama yang kuat dan juga salik yang kurang mendapat ta`lim dan tarbiyah dari shaikhnya. Masalah ini adalah satu masalah yang sangat penting kerana ia adalah merupakan punca bagi masalah-masalah salik yang lain.

Sikap tidak mahu menuntut serta mendalami ilmu agama ini adalah bertentangan dengan prinsip agama Islam itu sendiri yang menghendaki setiap muslim yang mukallaf supaya menuntut ilmu, sebagaimana yang telah dinyatakan oleh Rasulullah s.`a.w dalam sabda baginda:

طلب العلم فريضة على كل مسلم و مسلمة

Maksudnya: Menuntut ilmu adalah satu kewajiban ke atas setiap muslim dan muslimah.1 

Antara punca utama mengapa perkara ini terjadi ialah anggapan salik tersebut bahawa ilmu itu dapat diperolehi menerusi ilham maka kerana itu ia tidak perlu lagi kepada proses pembelajaran bagi mendapatkannya malah cukup hanya dengan menanti ilham tersebut sahaja. Rasulullah s.`a.w menyatakan perkara ini sebagaimana sabda baginda:

من عبد الله بجهل كان ما يفسد أكثر مما يصلح

Maksudnya: Sesiapa yang menyembah (beribadah) kepada Allah dengan (berasaskan) kejahilan, apa yang merosakkan (amal ibadahnya itu) adalah lebih banyak dari apa yang membetulkannya.

Seseorang salik yang menjalani jalan Allah dengan berpandukan hanya kepada akal fikiran atau sangkaannya semata-mata tanpa merujuk kepada pertunjuk ilmu yang terang akan mudah tergelincir dari landasan yang lurus dan seterusnya terhumbang ke jurang kebinasaan. Ini adalah kerana jalan tasawwuf itu adalah merupakan jalan yang berasaskan kepada ilmu dan amal seperti yang telah ditegaskan oleh seorang tokoh tasawwuf yang terkenal, Shaikh `Abd al-Qadir al-Jailani, sebagaimana kata-kata beliau:

أما علمت أن من استغنى برأيه ضل ؟ ما من عالم الا ويحتاج الى زيادة علم....هذه الطريق لا تسلك مع النفس و الهوى بل مع الحكم و العمل به

Maksudnya: Tidakkah anda mengetahui bahawa sesiapa yang merasa cukup dengan pendapatnya (buah fikirannya semata-mata) maka dia akan sesat? Tidak ada seorang yang berilmu pun kecuali dia memerlukan kepada tambahan ilmu....jalan ini (jalan menuju kepada mengenal Allah) tidak dilalui dengan nafsu dan hawa bahkan (dilalui) dengan hukum (yang berasaskan ilmu yang jelas tentangnya) dan beramal dengannya.8

Imam al-Ghazali pula menentukan tugas menuntut ilmu ini sebagai `aqabah (halangan) yang pertama yang mesti ditempuhi oleh setiap salik yang ingin menjalani jalan Allah. Ini dapat dilihat dari kenyataan beliau tentang perkara ini sebagaimana kata-kata beliau:

يا طلاب الخلاص و العبادة عليك أولا, وفقك الله, بالعلم فانه القطب و عليه المدار

Maksudnya: Wahai orang-orang yang menuntut keselamatan dan ibadah, kewajiban anda yang pertama, mudah-mudahan Allah memberi taufiq kepada anda, ialah menuntut ilmu kerana ilmu itu adalah merupakan asas dan di atas asas inilah berligar semua yang lain.

Ini menunjukkan betapa pentingnya ilmu itu dalam menjalani jalan Allah. Untuk mendapatkan ilmu ini seseorang salik itu perlu mempelajarinya kerana ilmu itu diperolehi menerusi proses pembelajaran seperti yang telah dinyatakan oleh Rasulullah s.`a.w:

يا أيها الناس تعلموا انما العلم بالتعلم

Maksudnya: Wahai manusia, belajarlah ilmu, sesungguhnya ilmu itu adalah dengan belajar.

Penglibatan tokoh-tokoh tasawwuf yang terkenal dalam usaha mencari ilmu sehingga mereka dikenali sebagai " saihun " yang bererti " orang-orang yang mengembara " sudah cukup menjadi bukti yang menunjukkan bahawa menuntut ilmu itu adalah satu perkara yang perlu dilakukan oleh salik dalam perjalanannya menuju kepada Allah. Seseorang salik yang tidak berilmu adalah lebih mudah ditipu atau diperdaya oleh syaitan jika dibandingkan dengan salik yang berilmu. Abu Hurairah ada meriwayatkan satu hadith di mana Rasulullah s.`a.w telah bersabda menyatakan tentang perkara ini sebagaimana sabda baginda:

ما عبد الله بشيء أفضل من فقه في الدين و لفقيه واحد أشد على الشيطان من ألف عابد 

Maksudnya: Tidak disembah (dilakukan ibadah kepada) Allah dengan sesuatu yang lebih afdal (utama) dari fiqh (memahami) dalam agama dan seorang faqih itu lebih sukar bagi syaitan untuk menipu dan menyesatkannya) dari seribu orang `abid (ahli ibadah).

Memang tidak dinafikan ada salik yang mendapat ilmu secara ilham ini tetapi bukan semua ilham itu betul kerana ada juga ilham yang datang dari bisikan syaitan dan nafsu. Untuk memastikan kebenaran satu-satu ilham itu, seseorang itu perlu merujuk kepada pengajaran al-Qur'an dan al-Sunnah. Sekiranya ilham tersebut bertentangan dengan pengajaran dan isyarat al-Qur'an dan juga al-Sunnah tersebut maka ia tidak boleh diikuti. Untuk merujuk kepada kedua-dua sumber ini seseorang itu mestilah mempunyai ilmu atau pengetahuan tentangnya. Oleh itu ilmu perlu dipelajari terlebih dahulu. Pegangan yang membuta-tuli terhadap ilham tanpa merujuk kepada pengajaran al-Qur'an, al-Sunnah dan juga penafsiran atau pendapat ulamak-ulamak tasawwuf yang muktabar adalah merupakan punca utama penyelewengan dan kesesatan di kalangan ahli tarikat. Na’uzubillah.

Tuesday, January 28, 2014

Rezeki - Dr. Zulkifli Mohamad al-Bakri

Sedutan kuliah oleh al-Fadhil Dr. Zulkifli Mohamad al-Bakri dari kitab karangan beliau sendiri iaitu Soaljawab A-Z Tentang Tasawuf di Madrasah as-Saidiyyah, Rasah, Seremban pada 20 Januari 2014.

Selamat menonton....

Wednesday, January 8, 2014

Menjawab Provokasi ROBOH surau Kg. Pondok Rasah Bah.2

Adapun jawapan ini kami sediakan buat mereka yang lapang dadanya mencari kebenaran dan bukan pada mereka yang busuk hatinya berterusan menghentam tanpa usul-periksa dan taasub pada Syeikh yang bukan-bukan seperti Mohd Tariq, Amin Tahir, Mohd Khalis, Siti Hajar Ahmad dan Ikhwan Tarekat Ahmadiah al-Linggi dibawah pimpinan Syeikh Mohd Paiz.

1. Surau dirobohkan atas asas untuk pembinaan baru yang lebih luas dan selesa serta 2 tingkat secara keseluruhannya. Sumbangan yang besar dari Kerajaan Pusat menjadi titik tolak hasrat ini direalisasikan.

2. Permulaan awal untuk membaikpulih bangunan asal surau tidak dapat dilakukan kerana kos yang hampir sama bagi mendirikan bangunan yang baru. Ini setelah mendapat nasihat dan perbincangan yang panjang dengan kontraktor/konsultan yang dilantik.

3. Secara luaran memang tidak jelas keuzuran pada fizikal surau, penilitian telah dibuat secara teliti dan terperinci untuk menjustifikasikan projek bagi pembinaan semula bangunan surau.

4. Juga diambil kira bagi bangunan yang baru ini untuk kemudahan dan keselesaan jemaah untuk tahun-tahun yang akan datang serta pertambahan masyarakat /penduduk Islam di kariah Rasah dan tidak mustahil keperluan masyarakat bagi masjid yang baru untuk menampung kepadatan jemaah yang kini dihadapi oleh masjid-masjid sekitarnya.

5.Jika dikatakan bahawa tapak surau itu adalah tanah milik, bagaimana mungkin Kerajaan Negeri membantu membaiki tandas dan tempat wudhu’  pada tahun 2008  dan mengapa pada masa itu tidak di tentang dari (kononnya) waris.

6. Mana lojiknya tanah surau adalah harta faraid sedangkan telah ramai ikhwan dan pihak luar menyumbang sebelum ini, adakah sumbangan-sumbangan sebelum ini adalah untuk pembangunan di atas tanah persendirian?. Dan kesannya jika tanah surau adalah harta keluarga, tidak mustahil satu masa kelak jemaah luar tidak dibenarkan untuk beribadat di situ kerana tanah persendirian adalah hak mutlak persendirian contoh surau Kg Ujong Pasir telah dikunci oleh waris pemilik asal kerana dia beranggapan yang mewakafkan surau itu adalah ayahnya tanpa hitam putih maka disebabkan tanah surau itu merupakan tanah persendirian sebagai waris kepada ayahnya dan dia tidak membenarkan penggunaan surau tersebut.

7. Jangan memesongkan fikiran orang jika tak tahu fakta, masjid Kg Paroi telah dirobohkan dan sekarang telah terbina Masjid At-Taqwa begitu juga Masjid Ulu Sepri di Rembau sebagai contoh.

8. Tanah tapak Surau te lah diserahkan kepada Kerajaan pada tahun 1990 oleh wakil berdaftar iaitu Mohd Abid dan Muhammad Paiz dan kemudiannya telah dirizabkn sebagai tapak surau di bawah kawalan Pengarah Jab. Agama NS dengan pewartaan dalam Gazet Kerajaan Negeri pada tahun 1993*, kenapa selama lebih 20 tahun ini tiada penentangan daripada waris-waris? jika alasan disebabkan "tidak tahu" maka ketidaktahuan bukanlah alasan atau pertahanan di aspek undang-undang.

*rujuk http://pondok-rasah.blogspot.com/2013/11/menjawab-provokasi-roboh-surau-kg.html

9. Adakah jika tidak suka kepada undang-undang kita boleh menolaknya? umpama kita memandu kereta mewah dan berkuasa tinggi di lebuhraya dengan kelajuan melebihi 110 km/jam sebab kita tidak suka had laju tersebut? banyak perkara yg kita tidak suka tapi terpaksa akur demi kebaikan semua.

10. Jika sumbangan Kerajaan Persekutuan adalah daripada sumber tidak bersih, apakah sumber-sumber yg bersih seratus peratus dalam sistem ekonomi kapitalis?

*Mohon Ustazah Siti Hajar Ahmad dan Ustaz Amin Tahir menjawab.

11. Allah perintahkan kita mencari akhirat tanpa mengabaikan dunia maka usaha-usaha baik yang dilakukan di dunia adalah untuk akhirat jua, mana mungkin mendapat akhirat tanpa amal di dunia?

12. kami telah mendiamkan diri sejak kebelakangan ini apabila berlaku pelbagai bentuk provokasi, intimidasi dan kekerasan ke atas kami seperti contoh beberapa jawatankuasa diserang dan dipukul di tempat awam sehingga patah bahu, diserang secara fizikal di dalam surau sewaktu melaksanakn gotong royong, banner2 dan kain2 rentang kami di dalam surau dibawa keluar, dikoyakkan dan dibuang, kunci-kunci surau ditukar, diletak 'jaga' di surau bertujuan mengusir dan memberi amaran kepada pihak-pihak lain daripada memggunakan atau mendekati surau.

13. Kenapa menolak kemudahan yang lebih cantik dan selesa? 

14. Tak perlu bangkitkan isu nostalgia dan warisan di aspek fizikal kerana semua buatan manusia hanyalah bersifat sementara@ tidak kekal.

14. Apakah imej yang nak ditonjolkan kepada dif-dif terhormat dari dalam dan luar negara yang sering berkunjung ke surau sejak kebelakangan ini dengan prasarana yg kurang selesa? 

15. Apa erti sms yg berbunyi demikian ( we declare war ) sejak 2 tahun yg lepas lebih-lebih lagi dari penjawat awam yang bernaung kerja di bawah Jabatan Peguam Negara?.  

16. Pembangunan surau yang berkonsepkn roboh dan bina sudah mendapat perakuan Jab. Mufti dan kebenaran Majlis Agama Islam, jadi apa masalahnya?

17. Sebelum ini mereka cuba mendapatkan  kunci Pusat Pengamalan, kenapa jilat benda yang dah diludah? sebab sebelum ni kata tu rumah burung trbengkalai… Kenapa nak direbutkan rumah burung' tu?  

18. Satu lagi tu Surau Almarhum Tuan Sheikh Hj Muhammad Said di Ampangan diruntuhkan buat projek perumahan? 

19. Menjawab persoalan dari pihak yang mengatakan bahawa cara roboh ke atas bangunan surau persis Yahudi yang merobohkan rumah-rumah penduduk Palestin. 

Ini jawapan kami:

Perancangan awal adalah mengambil tindakan satu persatu bagi membuka bangunan surau bermula dari mengosongkan premis, menanggakan peralatan elektrik dan wayar, mengeluarkan kesemua almari untuk disumbangkan pada pihak yang dijanjikan, menanggalkan papan dan kayu-kayan serta besi grill tingkap untuk dijual dan duit tersebut digunakan untuk menampung pembinaan surau dan pembelian peralatan surau yang akan datang. Namun hasrat ini terhenti setelah surau dikunci dan notis yang ditampal oleh pihak yang tidak bertanggungjawab yang mana pada pemerhatian kami akan merumitkan keadaan sementelah pula ada tangan-tangan gatal yang mengecat surau serta melakukan gotong-royong dan menyambung kembali elektrik premis. Juga mengambil kira nasihat pihak berwajib bagi mengelakkan insiden pergaduhan yang lebih teruk maka keputusan seperti ini yang kami ambil. Untuk makluman semua, pada hari kejadian merobohkan premis, satu tong diesel untuk jentera telah diambil tanpa izin sewaktu pekerja semua berehat makan tengah hari. Insiden ini telah disaksikan oleh kami yang berada di tempat kejadian.

Insya Allah, waqaf bagi pihak Tuan Syeikh Haji Ahmad dan Tan Sri Jamal serta ikhwan yang telah menyumbang akan diteruskan dan inilah harapan kami yang tinggi bagi hasrat murni beliau.

Kontraktor yang mewakili kami juga dihalang bagi kerja-kerja mengukur tapak surau dan menanggalkan notis dari pihak kontraktor bagi tujuan penaiktaraf ini.

Kami mengosongkan premis di awal Disember 2013 untuk tujuan yang dimaksudkan di atas.

20. Isu waqaf yang menjadi hak untuk kegunaan semua Jemaah Muslim itu adalah benar, namun sudah semestinya mengikut lunas peraturan yang sedia ada. Tiada masalah untuk berzikir dan bersolat di bangunan Surau Kg. Pondok Rasah ini tapi bagi menjalankan majlis sendiri sudah semestinya perlu meminta izin serta tidak melanggar enakmen kawalan tarekat bagi peruntukan yang telah ditetapkan.

Kesimpulannya siapa kita untuk bercerita perihal ghaib, keberkatan dan nilai pada waqaf serta bala keatas kami bagi insiden di atas. Sesuatu yang berlaku pasti ada jawapan serta hikmahnya yang kadangkala tersembunyi dari ilmu yang kita miliki. Rujuklah pada yang ahli bagi mencari sesuatu jawapan andainya kita ini mengaku ikhlas dalam da’wah dan mencari ilmu. Sesungguhnya  setiap antara kita memiliki kelemahan yang tersendiri namun sifat muafakat dan musyawarah pasti akan meminimumkan kelemahan tersebut andainya kita ikhlas dan mengenepikan sentimen perasaan dan gelojoh dalam bertindak.


Sufi dan Tareqat itu sesungguhnya jauh dari hati kita namun kita perlu tetap istiqomah dijalanNya ini untuk kebaikan semua, Insya Allah.

*Lampiran salinan report polis yang telah dibuat.






Gigih kau Khalis, kerrlllassss kau maria..






*Akan ditambah dari masa ke semasa.