Popular Label

Berita (12) DrZul (17) Gambar (3) Kitab (3) Review (5) Tazkirah (36) Video (44)
Blog yang membicarakan aktiviti-aktiviti di Madrasah as-Saidiyyah, Surau Kampung Pondok Rasah, Seremban. Juga boleh mengetahui berkenaan Tariqat Ahmadiah di bawah pimpinan Dato' Sheikh Mohd Murtadza Sheikh Hj Ahmad serta Pusat Pengamalan Tariqat Ahmadiah di http://alahmadiyyah-rasah.blogspot.com/

Saturday, September 3, 2011

Review Buku Syamail Muhammad S.A.W.

Ini adalah review saya berkenaan dengan sebuah buku yang baru sahaja habis baca. BUku yang saya kira sangat bermanfaat buat pencinta Rasulullah yang ingin lebih mengetahui berkenaan dengan diri dan kehidupan beliau yang sederhana beserta simbolik atas sifat-sifat mulia keperibadian beliau yang agung.


Moga dengan sedikit review yang pendek dari saya ini buat diri anda lebih bersungguh-sungguh untuk mencontohi keperibadian beliau.


Buku ini bertajuk ""Syamail Muhammad S.A.W. Keperibadian Rasulullah" karangan Imam Hadith yang agung iaitu Imam al--Tirmidzi. Versi Bahasa Indonesia.

 

Seperti yang di ulas oleh Sheikh al-Qari dalam Jam'ul Wasa'il katanya: "Salah satu karya terbaik mengenai keperibadian dan akhlak Rasulullah s.a.w. ini ialah karya Imam al-Tirmidzi. Karya ini singkat namun lengkap sehingga setiap orang yang membacanya seakan-akan menyaksikan langsung keindahan dan keagungan peribadi Rasulullah yang mulia".

Buku berkulit keras ini di adalah setebal 280 muka surat dan menggunakan kertas yang berkualiti serta ilustrasi yang menarik membuatkan kita asyik dengannya. Boleh di dapati di mana-mana kedai dan toko buku seperti MPH di sekitar anda.

Masuk kepada perihal isi kandungan buku pula. Selain dari kata pengantar, dari penerbit serta profil ringkas Imam al-Tirmidzi, adalah kesemuanya terkadung 56 bab tentang ciri-ciri dan hal-hal berkenaan Rasulullah s.a.w. Antaranya ialah Karektor fisik Rasulullah, tanda kenabian beliau, rambut, ubat, cara Rasulullah menyikat rambut, cara Rasulullah berjalan, cara Rasulullah makan, Lauk-pauk Rasulullah, minuman dan cara-cara beliau minum, wangian Rasulullah, ibdah dan solat baginda, akhlak Rasulullah, berbekam, nama-nama Rasulullah, usia dan kewafatan beliau dan timbunan lagi perihal beliau. Walaupun tidak puas namun himpunan sebegini dalam sebuah buku cukup memberi pengalaman dan dzauk yang tersendiri buat yang membacanya.

Setiap inti bab diperincikan dengan hadith-hadith dan pandangan ulama'-ulama' muktabar bagi mengukuhkan pandangan penulis.

Harganya ialah RM45.00 sahaja dari cetakan Telaga Biru. Dapatkan sebelum kehabisan stok.

No comments: