Popular Label

Berita (12) DrZul (17) Gambar (3) Kitab (3) Review (5) Tazkirah (36) Video (44)
Blog yang membicarakan aktiviti-aktiviti di Madrasah as-Saidiyyah, Surau Kampung Pondok Rasah, Seremban. Juga boleh mengetahui berkenaan Tariqat Ahmadiah di bawah pimpinan Dato' Sheikh Mohd Murtadza Sheikh Hj Ahmad serta Pusat Pengamalan Tariqat Ahmadiah di http://alahmadiyyah-rasah.blogspot.com/

Thursday, October 6, 2011

Makluman segera!!

Assalamualaikum w.b.t
Buat pengunjung dan Ikhwan Tariqat Ahmadiah Idrissiyyah yang saya hormati,

Kebelakangan ini ada beberapa isu yang melanda di Madrasah dan Ikhwan Tariqat maka telah muncul beberapa kekeliruan yang telah kami dapat kenalpasti. Maka saya cuba menjawab dengan sebaik-baiknya.

Isu yang pertama telah ada beberapa individu yang menyerahkan borang pendaftaran ke pihak kami dan borang yang telah di serahkan itu berlainan dari apa yang secara rasminya kami sediakan. Borang Tariqat Ahmadiyyah Idrisiyyah Al-Rasyidiah Al-Dandarawiah di bawah kepimpinan Dato’ Sheikh Hj Mohd Murtadza bin Sheikh Haji Ahmad hanya boleh saudara semua dapati di rak yang kami sediakan di Surau Kg. Pondok Rasah dan juga blog ini yang boleh saudara semua muat-turun. Segala info berkenaan borang juga telah saya lampirkan buat pencerahan saudara sekalian. Pihak kami tidak ada mengedarkan sebarang borang selain itu dan juga tidak bertanggungjawab andai ada kekeliruan yang timbul selepas ini.

Isu kedua ialah berkenaan pendaftaran ahli Tariqat di Negara Brunei Darussalam. Saya cuma boleh menasihati agar saudara yang di Negara Brunei setelah berbai’ah dengan Sheikh Murtadza boleh mengisi juga borang yang di lampirkan agar tiada ikhwan yang tercicir namanya dalam direktori kami. Bagi ikhwan Negara Singapura pula bolehlah merujuk terus kepada Khalifah di sana iaitu al-Fadhil Ustaz Hasbi.

Untuk makluman saudara ikhwan sekalian, Sheikh Murtadza setakat ini hanya menumpukan 2 tempat sahaja sebagai tempat pengamalan Tariqat Ahmadiah Idrisiyyah iaitu di Rasah dan Melaka (Padang Temu). Manakala tempat lain pula pihak Dato’ Sheikh Murtadza tidak bertanggungjawab andai berlaku sebarang kekeliruan yang timbul. Dan pihak kami akan maklumkan andai ada perubahan dengan segera.

Dukacita di maklumkan kedatangan Sheikh Abdul Latiff Farfour ke Madrasah As-Saidiyyah di tangguhkan kerana beliau terpaksa pulang ke negara asalnya Syria, walau bagaimanapun beliau akan tetap juga hadir (Bi iznillah) secepat mungkin untuk bertemu muka dengan para Ikhwan di sini. Maaf di pinta andai merosakkan mood saudara sekalian hari ini.

Semua sedia maklum bahawa Sheikh Murtadza ada mengarahkan pendaftaran semula bagi ikhwan lama yang telah mendaftar sebelum ini. Ingin pihak kami beritahu pada saudara sekalian sehingga hujung tahun ini sahaja bagi pendaftaran semula ahli lama dan selepas itu ianya akan di tutup. Bagaimana pun bagi ahi baru, peraturan ini tidak termaktub.

Bagi yang berkelapangan dan mempunyai keraguan berkenaan tariqat bolehlah berjumpa terus dengan Sheikh sendiri pada Selasa malam Rabu selepas kelas. Sebarang berita dan arahan rasmi akan beliau maklumkan terus pada ikhwan di kelas dan pihak kami hanya selepas itu memaklumkan di blog ini ataupun facebook Madrasah As-Saidiyyah.

Makluman nama facebook ialah “Madrasah As-Saidiyyah” dan blog ini (http://pondok-rasah.blogspot.com/) dan (http://alahmadiyyah-rasah.blogspot.com/) sahaja saluran rasmi bagi Tariqat Ahmadiah Idrisiyyah Al-Rasyidiyyah Al-Dandarawiyyah di bawah pimpinan Dato’ Sheikh Mohd Murtadza bin Sheikh Ahmad. Bagi yang lainnya kami tidak tahu menahu dan tidak bertanggung jawab andai berlaku sebarang masalah dan kekeliruan.

Sekian,
Mujahid Abdul Rahim                                                                                                      
 JK ICT dan Promosi Madrasah As-Saidiyyah

No comments: