Popular Label

Berita (12) DrZul (17) Gambar (3) Kitab (3) Review (5) Tazkirah (36) Video (44)
Blog yang membicarakan aktiviti-aktiviti di Madrasah as-Saidiyyah, Surau Kampung Pondok Rasah, Seremban. Juga boleh mengetahui berkenaan Tariqat Ahmadiah di bawah pimpinan Dato' Sheikh Mohd Murtadza Sheikh Hj Ahmad serta Pusat Pengamalan Tariqat Ahmadiah di http://alahmadiyyah-rasah.blogspot.com/

Sunday, June 20, 2021

~ ‏Kisah Berkenaan Zikir ‎[رَبِّ يَسِّرْ وَلاَ تُعَسِّرْ يَا كَرِيمُ]~



Antara sekian banyaknya naqalan kisah karamah pengasas Tarekat Ahmadiah Idrisiah, Sahib al-Ahzab wa al-Madad al-Qutub al-Rais Sayyidi Ahmad bin Idris RA, terdapat suatu kisah berkenaan Zikir [رَبِّ يَسِّرْ وَلاَ تُعَسِّرْ يَا كَرِيمُ] yang diriwayatkan oleh al-Qutub al-Wahid Sayyidi Ibrahim bin Qadhi Soleh al-Rasyid RA di dalam Al-Iqd Al-Dur Al-Nafis seperti berikut:
-
(Dan setengah daripadanya) Barang yang meriwayat  akan dia oleh warisnya al-Qutub al-Wahid Sayyidi Ibrahim al-Rasyid Qaddasallahu Sirrahu. Bahawasa seorang daripada orang yang salihin bersahabat ianya akan Hadrat al-Ustaz Sayyidi Ahmad RA di dalam Negeri Makkah al-Musyarrafah. Maka terhasillah baginya bahawa al-Ustaz Sayyidi Ahmad RA menyuruh akan dia dengan musafir serta satu jemaah daripada ikhwan kepada negeri Sa'id dan menjadi ia akan dia ketua atas mereka itu pada tatkala musafir kerana beramal dengan perjalanan Nabi SAW. 

Maka tatkala sampai mereka itu kepada Jeddah yang maimunah, dan sempitlah atas mereka itu oleh keadaan kerana ketiadaan bekal dan belanja. Menghendakilah demikian itu laki-laki yang ketua akan kembali kepada Makkah al-Musyarrafah, maka berkatalah mereka itu baginya; "Betapakah engkau hendak kembali kepada Makkah kemudian daripada bahawa telah menjadi akan dikau oleh al-Ustaz Sayyidi Ahmad RA ketua atas kami?" 

Maka dukacitalah laki-laki itu dan membatallah ia akan kembali kepada Makkah daripada kerana demikian itu dan payahlah atasnya  oleh perkara yang tersebut. Hingga melihatlah ia pada tatkala tidur seolah-olahnya ianya berjalan kepada negeri Makkah dan duduk ianya dihadapan al-Ustaz Sayyidi Ahmad RA. Maka berkatalah baginya oleh al-Ustaz RA; "Ambil olehmu akan ini suratan dan musafirlah engkau atas berkat Allah Taala". Maka mengambil ia akan itu suratan dan menjadi ia akan dia di dalam saku bajunya. 

Maka tatkala naik waktu Subuh, dan sembahyanglah mereka itu akan sembahyang Subuh, menyebut ia akan mimpinya bagi jemaah dan berkata ia bagi mereka itu; "Bahawa aku melihat aku pada malam tadi seolah-olah akan naik ke negeri Makkah, dan duduk aku dihadapan al-Ustaz. Maka memberi ia akan daku akan satu surat yang ada padanya suratan. Maka aku ambil akan dia dan aku letak akan dia pada saku bajuku".

Kemudian mengkeluar ia akan itu suratan daripada saku bajunya. Tiba-tiba disurat padanya: [رَبِّ يَسِّرْ وَلاَ تُعَسِّرْ يَا كَرِيمُ]. Maka tatkala mendengar daripada jemaah daripada ketuanya akan ini mimpi dan mendapat oleh mereka itu akan dia bagi hasan dan musyahadah. Masuklah mereka itu pada membaca ini doa dan mengulang mereka itu akan dia akan barang yang menghendaki oleh Allah Taala hingga membuka oleh Allah Taala daripada mereka itu akan kesusahan dan mudahlah bagi mereka itu segala pekerjaan.

Maka musafirlah mereka itu sekalian atas berkat Allah al-Karim hal keadaan ditilik akan mereka itu dibawah inayah Nabi-Nya yang mempunyai qadar yang 'Azhim 'Alaihi wa 'ala Aalihi wa Ashabihi afdhalu wa-solah wa azka al-taslim.
-
Wallahu A'lam.
-
[Sumber: Risalah Majmu' Manaqib karangan Sahibus Samahah Tn. Syeikh Hj Ahmad bin al-'Allamah Syeikh Muhammad Said al-Linggi RA]

No comments: