Muka Hadapan
Kitab asal yang berbahasa arab tajuknya ialah "Faraid Ma'asir lil Tariqah Al-Ahmadiah Ar-Rasyidiah Al-Dandarawiyyah"
Kitab ini di bahagikan pada 2 bahagian besar. Bahagian pertama adalah dalam bentuk tulisan jawi dan bahagian kedua adalah perubahan ke dalam tulisan rumi bagi memudahkan para ikhwan tariqat yang kurang kemampuan dalam menguasai tulisan jawi lama.
Sebuah kitab yang sangat perlu buat para ikhwan Tariqat Ahmadiah dalam memahami sejarah, disiplin serta keistimewaan dan peri pentingnya Tariqat ini. Juga dimuatkan penjelasan berkenaan perjalanan zikir dan ibadah yang dititik beratkan di dalam tariqat ini agar para pengamalnya hilang akan dia kekeliruan dan kecelaruan dalam memahami peranan dan makna zikir itu sendiri.
Semoga manfaat yang lebih besar buat para ikhwan yang beramal dengan ilmu dan itulah cita-cita yang wujud di kalangan mereka yang membenarkan Tariqat ini agar kesucian islam itu tetap terpelihara dari bid’ah dan kekeliruan dalam diri penuntut dan pengamal ajaran Tariqat Ahmadiah ini.

Bahagian Tulisan Rumi
Sedikit Makluman Berkenaan Isi Kandungan Kitab Ini.
Kitab ini pada keseluruhannya menerangkan kelebihan berzikir seperti yang terdapat di dalam Al-Qur’an dan As-Sunnah, ia juga menerangkan sejarah kelahiran Tareqat Ahmadiah dan kelebihan wiridnya seperti yang di fahamkan dari perkataan pengasas pertamanya iaitu Sidi Ahmad bin Idris. Kitab ini mengandungi lapan fasal iaitu:
Fasal pertama : Memperkatakan bahawa wajib atas ahli tariqat berguru kepada guru yang mursyid, kerana guru yang mursyid itulah yang menjadi tali perhubungan ahli itu dengan Rasulullah s.a.w, perhubungan di antara seorang guru dengan guru lain hinga kepada Rasulullah s.a.w. adalah seperti rantai itu bergerak yang lainnya.
Fasal kedua : Menyatakan tentang kebenaran Tareqat Ahmadiah, pengarang memulakan dengan perkataan Sidi Ahmad bin Idris katanya: Tareqat Kitabullah wa Sunnah Rasulullah s.a.w
Dalam fasal ini juga disebutkan beberapa ayat al-Qur’an yang menyuruh manusia supaya beribadah dan berzikir kepada Allah.
Fasal ketiga : Menyatakan kelebihan beramal Tarekat ini dengan bersungguh-sungguh di antara yang disebutkan ialah selamat diri daripada fitnah dan bala.
Dalam fasal ini juga pengarang menerangkan pertalian Tarekat Ahmadiyyah yang diterimanya daripada ayahandanya Al Sheikh Muhammad Said hingga kepada Sidi Ahmad bin Idris.
Fasal keempat: Menyatakan Tarekat-Tarekat yang diamalkan oleh Sidi Ahmad bin Idris iaitu ada tiga : Tarekat Al Khidiriyah Al Aziziyah , Tarekat Al Syazuliyyah dan Tarekat Al Khalwatiyah. Semasa bersahabat dengan Sidi Abi Al Ghozi Sidi Ahmad diilhamkan supaya mengasas Tarekat mengikut yang rancangkannya.
Fasal kelima : Menyatakan sebahagian daripada wirid Tarekat Ahmadiyyah dan kelebihannya iaitu : Al Tahlil, Al Solawat Al Adzomiyah dan Al Istigfar Al Kabir.
Fasal keenam : Menyatakan perkara yang berhubung dengan zikir, ditegaskan bahawa zikrullah adalah amalan yang sayugia dikerjakan di sepanjang masa kerana mengikut arahan nabi yang diriwayatkan oleh al Tirmizi : Seorang lelaki mengada Rasulullah dan memohon supaya baginda memberi sesuatu pesanan kerana dia ingin berpegang dengannya, Rasulullah saw menyampaikan hajatnya lelaki itu dengan sabdanya : “Hendaklah lidah engkau sentiasa basah dengan zikrullah taala.”
Fasal ketujuh : Menyatakan hakikat al Muraqabah. Dalam masalah ini pengarang telah mengambil kupasan al Imam Al Ghazali tentang al Muraqabah dalam kitabnya Ihya’ Ulumuddin dan perkataan Sidi Abdul Aziz Al Dairini dalam kitabnya Taharah Al Qulub mengenai kelebihan al Muraqabah.
Fasal kelapan : Menyatakan kelebihan Tarekat Ahmadiyyah di antaranya ialah orang yang menjadi Tarekat Ahmadiyyah mendapat balasan yang amat besar di dalam kubur dan sebelum mati ia akan mencapai Futuh Al Arrifin.

*Harga ialah RM15.00 dan 1/3 darinya akan di sumbangkan ke tabung Pembangunan Pusat Pengamalan Tariqat Ahmadiah (alahmadiyyah-rasah.blogspot.)
** Boleh di dapati di Madrasah As-Saidiyyah, Surau Kg. Pondok Rasah, Seremban, Negeri Sembilan
*** Ralat di temui pada ms21 tulisan rumi, menderhakakan sepatutnya meninggalkan. Selari pada terjemahan di dalam tulisan jawi pada ms 27. Maaf dan terima kasih pada Ikhwan Ahmadi atas teguran di fb.
No comments:
Post a Comment