Popular Label

Berita (12) DrZul (17) Gambar (3) Kitab (3) Review (5) Tazkirah (36) Video (44)
Blog yang membicarakan aktiviti-aktiviti di Madrasah as-Saidiyyah, Surau Kampung Pondok Rasah, Seremban. Juga boleh mengetahui berkenaan Tariqat Ahmadiah di bawah pimpinan Dato' Sheikh Mohd Murtadza Sheikh Hj Ahmad serta Pusat Pengamalan Tariqat Ahmadiah di http://alahmadiyyah-rasah.blogspot.com/
Showing posts with label Berita. Show all posts
Showing posts with label Berita. Show all posts

Tuesday, July 3, 2012

Mari mengenal Almarhum Dr Mahmud Saedon

Beliau adalah ipar kepada Sheikh Mohd Murtadza dan juga antara sahabat yang karib kepada beliau. Sumbangan yang masih diingat oleh Sheikh Murtadza ialah beliaulah mendesak agar tindakan di ambil berdepan dengan JAKIM berkenaan senarai hitam yang dikenakan pada Tareqat di bawah pimpinan Sheikh Abdul Rasyid Sheikh Mohd Said.

Antara yang cemerlang di Asia dalam Ph.D serta pembentang kertas kerja "Ijtima' Suri" pertama dan diakui hebat oleh Dr. Sulaiman.

Semoga roh beliau dicucuri rahmat. Al-Fatihah.

Wednesday, June 13, 2012

Sambutan Isra' Mikraj (16 Jun) di Madrasah As-Saidiyyah

Assalamualaikum W.B.T.

Sukacita di maklumkan buat para saudaraku, satu sambutan bagi meraikan Isra' Mikraj akan di adakan di Madrasah As-Saidiyyah, Surau Kg. Pondok Rasah, Seremban pada Sabtu bersamaan 16 Jun 2012 (27 Rejab 1433). Program akan di isi dengan ceramah agama dari tetamu jemputan iaitu Al-Fadhil Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri. Majlis bermula selepas menunaikan solat Maghrib.

Buat pengetahuan saudara sekalian, Dr Zulkifli Mohamad adalah panel bagi perbentangan kertas kerja Simposium pertama kali yang pernah diadakan di Madrasah As-Saidiyyah tahun 2011 yang bertajuk "Tareqat mengikut Sunnah" yang bergandingan dengan Al-Fadhil Tuan Guru Dr. Jahid bin Haji Sidek Al-Kholidi. Beliau juga (Dr Zulkifli) adalah pengajar bulanan di Madrasah As-Saidiyyah bagi kitab "Soal Jawab A-Z Tentang Tasawuf.

Besar harapan kami bagi kehadiran saudara sekalian bagi memeriahkan majlis sambil mengambil manfaat darinya. Terima kasih


*Harap dapat dikongsikan pada yang lain

Saturday, November 26, 2011

(Video) Ijtima' Suri

Satu isu yang panas dan sentiasa berlegar di sekitar ceruk pertikaian bidang Tasawuf. Dr Sulaiman bin Ibrahim al-Baruhi mengupasnya secara ringkas dan padat buat pemahaman kita. Saksikan...


Thursday, November 17, 2011

TENTATIF PROGRAM DISKUSI TASAWUF ANJURAN JABATAN MUFTI NEGERI SEMBILAN

Hari Pertama
22 Nov 2011 (Selasa)

8.30 pagi – 10.00 pagi - Pendaftaran Peserta/Minum Pagi

10.00 pagi – 10.15 pagi - Ketibaan tetamu jemputan

10.30 pagi – 1.00 ptg - Ketibaan VVIP

- Bacaan doa

- Ucapan aluan Mufti Kerajaan Negeri Sembilan:
Y.B S.S Dato’ Hj. Mohd Yusof bin Hj. Ahmad

- Ucapan Perasmian

- Ucaptama: Golongan Sufi: Kedudukannya dalam Ahli al-Sunnah Wa al-Jamaah.
Oleh: Y.Bhg. Dr. Muhammad Uthman el-Muhammady

- Penyampaian Cenderahati

1.00 ptg – 2.00 ptg - Jamuan Makan Tengahari

- Solat Zohor

2.00 ptg – 4.00 ptg - Diskusi I
Silsilah.

Pembentang: Dr. Abdul Manam bin Mohamad (UnisZA)
Moderator: A.F Ust. Ahmad Azhari bin Talib

4.00 ptg - Minum petang/Bersurai


Hari Kedua
23 Nov 2011 (Rabu)

8.30 pagi – 10.30 pagi - Diskusi II
Dhikrullah: Isu dan Amalan Dalam Tarekat.

Pembentang: Prof. Madya Dr. Faudzinaim Hj. Badarudin (UKM)
Moderator: A.F Ust. Mohd Zaidi bin Ramli

10.30 pagi – 11.00 pagi - Minum Pagi

11.00 pagi – 1.00 ptg - Diskusi III
Syarah Hikam Pengaruhnya Kepada Masyarakat Islam di Malaysia

Pembentang: Dr. Sulaiman bin Ibrahim al-Baruhi (UNISSA, Brunei)
Moderator: A.F Ust. Shuhadak bin Mahmud

1.00 ptg – 2.00 ptg - Jamuan Makan Tengahari

- Solat Zohor

2.00 ptg – 4.00 ptg - Diskusi IV
Tren Semasa Memeluk Islam Dalam Kalangan Masyarakat Eropah dan Amerika Menerusi Tarekat Tasawuf

Pembentang: Dr. Muhammad Yusuf bin Khalid (USIM)
Moderator: Ust. Muhammad Yusri bin Mazlan

4.00 ptg - Minum petang/Bersurai

Hari Ketiga
24 Nov 2011 (Khamis)

8.00 pagi – 10.00 pagi - Diskusi V
Kedudukan Karamah Dalam Islam Khususnya Dari Perspektif Ilmu Tasawwuf

Pembentang: Dr. Jahid bin Sidek (Anggota Jilsah al-Turuq al-Sufiyyah N.S)
Moderator: A.F Ust. Zamani bin Ibrahim

10.00 pagi – 10.30 pagi - Minum Pagi

10.30 pagi – 12.30 tgh - Diskusi VI
Kedudukan dan Peranan Tasawuf Dalam Pembinaan Umat

Pembentang: Y.Bhg. Dr. Zulkifli bin Mohamed Al Bakri
Moderator: A.F Ust. Norakhiyaire bin Mohd Raus

12.30 tgh – 1.30 ptg - Majlis Perasmian Penutup

1.30 ptg - Jamuan Makan Tengahari/Bersurai

Thursday, October 6, 2011

Makluman segera!!

Assalamualaikum w.b.t
Buat pengunjung dan Ikhwan Tariqat Ahmadiah Idrissiyyah yang saya hormati,

Kebelakangan ini ada beberapa isu yang melanda di Madrasah dan Ikhwan Tariqat maka telah muncul beberapa kekeliruan yang telah kami dapat kenalpasti. Maka saya cuba menjawab dengan sebaik-baiknya.

Isu yang pertama telah ada beberapa individu yang menyerahkan borang pendaftaran ke pihak kami dan borang yang telah di serahkan itu berlainan dari apa yang secara rasminya kami sediakan. Borang Tariqat Ahmadiyyah Idrisiyyah Al-Rasyidiah Al-Dandarawiah di bawah kepimpinan Dato’ Sheikh Hj Mohd Murtadza bin Sheikh Haji Ahmad hanya boleh saudara semua dapati di rak yang kami sediakan di Surau Kg. Pondok Rasah dan juga blog ini yang boleh saudara semua muat-turun. Segala info berkenaan borang juga telah saya lampirkan buat pencerahan saudara sekalian. Pihak kami tidak ada mengedarkan sebarang borang selain itu dan juga tidak bertanggungjawab andai ada kekeliruan yang timbul selepas ini.

Isu kedua ialah berkenaan pendaftaran ahli Tariqat di Negara Brunei Darussalam. Saya cuma boleh menasihati agar saudara yang di Negara Brunei setelah berbai’ah dengan Sheikh Murtadza boleh mengisi juga borang yang di lampirkan agar tiada ikhwan yang tercicir namanya dalam direktori kami. Bagi ikhwan Negara Singapura pula bolehlah merujuk terus kepada Khalifah di sana iaitu al-Fadhil Ustaz Hasbi.

Untuk makluman saudara ikhwan sekalian, Sheikh Murtadza setakat ini hanya menumpukan 2 tempat sahaja sebagai tempat pengamalan Tariqat Ahmadiah Idrisiyyah iaitu di Rasah dan Melaka (Padang Temu). Manakala tempat lain pula pihak Dato’ Sheikh Murtadza tidak bertanggungjawab andai berlaku sebarang kekeliruan yang timbul. Dan pihak kami akan maklumkan andai ada perubahan dengan segera.

Dukacita di maklumkan kedatangan Sheikh Abdul Latiff Farfour ke Madrasah As-Saidiyyah di tangguhkan kerana beliau terpaksa pulang ke negara asalnya Syria, walau bagaimanapun beliau akan tetap juga hadir (Bi iznillah) secepat mungkin untuk bertemu muka dengan para Ikhwan di sini. Maaf di pinta andai merosakkan mood saudara sekalian hari ini.

Semua sedia maklum bahawa Sheikh Murtadza ada mengarahkan pendaftaran semula bagi ikhwan lama yang telah mendaftar sebelum ini. Ingin pihak kami beritahu pada saudara sekalian sehingga hujung tahun ini sahaja bagi pendaftaran semula ahli lama dan selepas itu ianya akan di tutup. Bagaimana pun bagi ahi baru, peraturan ini tidak termaktub.

Bagi yang berkelapangan dan mempunyai keraguan berkenaan tariqat bolehlah berjumpa terus dengan Sheikh sendiri pada Selasa malam Rabu selepas kelas. Sebarang berita dan arahan rasmi akan beliau maklumkan terus pada ikhwan di kelas dan pihak kami hanya selepas itu memaklumkan di blog ini ataupun facebook Madrasah As-Saidiyyah.

Makluman nama facebook ialah “Madrasah As-Saidiyyah” dan blog ini (http://pondok-rasah.blogspot.com/) dan (http://alahmadiyyah-rasah.blogspot.com/) sahaja saluran rasmi bagi Tariqat Ahmadiah Idrisiyyah Al-Rasyidiyyah Al-Dandarawiyyah di bawah pimpinan Dato’ Sheikh Mohd Murtadza bin Sheikh Ahmad. Bagi yang lainnya kami tidak tahu menahu dan tidak bertanggung jawab andai berlaku sebarang masalah dan kekeliruan.

Sekian,
Mujahid Abdul Rahim                                                                                                      
 JK ICT dan Promosi Madrasah As-Saidiyyah

Tuesday, September 13, 2011

Sambutan Hari Terbuka Aidilfitri Tariqat Ahmadiah (60 pics)

Ada umur kita jumpa lagi buat semua Ikhwan Tariqat Ahmadiah Idrisiyyah Ar-Rasyidiah Ad-Dandarawiyyah. Maaf Zahir dan Batin.

Klik Facebook “Madrasah As-Saidiyyah” untuk info terkini.

Kuliah Ramadhan Sheikh Mohd Murtadza akan saya upload nanti. Harap bersabar ye.

Kredit tu Hamadah Zaharuddin.

Tuesday, August 30, 2011