"Ketaksuban melampau pada satu-satu mazhab, pembentukan kumpulan pecahan, tuduh menuduh di antara kumpulan sebagai sesat seolah-olah kumpulan tersebut berbeza agama — dan ini dengan mudah dapat dilihat oleh mereka yang mempunyai kefahaman tentang hal ehwal dunia dan membaca penulisan manusia — maka perkara sebegini kami tidak izinkan dan kami larang kepada seluruh kaum Muslimin daripada mengaitkan diri mereka dengan perkara sedemikian.
Ini adalah kerana mereka ini adalah ummah yang satu — ummah yang terbaik — dan Nabi mereka (SAW) adalah sama, Kitab al-Quran mereka adalah sama, dan kiblat bersembahyang mereka adalah sama. Jadi mengapa harus ada perpecahan dan ketaksuban melampau?
Kami senantiasa melarang orang ramai dari mengaitkan diri mereka dengan perkumpulan-perkumpulan sedemikian, samada di Makkah dan Madinah dan di lain-lain tempat"
[Al-Qutub Al-Nafis Sayyid Ahmad B. Idris r.a]
Al-Fatihah.
No comments:
Post a Comment