Majlis Haul ialah suatu majlis bagi memperingati pemergian/kewafatan seseorang tokoh agama/ulamak. Begitu sinonim dengan tokoh-tokoh sufi dan tarekat tasawuf. Maka dengan sebab itu, antara majlis besar yang sering diadakan ialah Majlis bagi memperingati seorang tokoh agama yang cukup dikenali di bumi Negeri Sembilan ini dan juga pengasas kepada Pondok Madrasah As-Saidiyyah, Rasah iaitu Tuan Sheikh Hj Ahmad bin Sheikh Hj Mohd Said al-Linggi. Beliau juga adalah mantan mufti Kerajaan Negeri Sembilan yang pertama.
Dan pada 14 Julai 2012 lepas, telah diadakan majlis bagi memperingati beliau dan di bawah ini dikepilkan rakaman amanat dari pemimpin Tareqat Ahmadiah sekarang ini dan juga selaku anak yang tertua. Amanat yang disampaikan oleh Dato' Sheikh Mohd Murtadza Sheikh Hj Ahmad ini adalah sebagai nasihat/cerita/pengajaran buat ahli dan pengikut tareqat serta bagi mengukuhkan kefahaman berkenaan isu-isu perjalanan tasawuf dan ahli sufi.
Adalah bagi kami, semoga ia memberi manfaat yang besar buat kalian dan mohon maaf atas kelewatan kami memuat naik video ini atas sebab-sebab tertentu.
Wassalam.